Permohonan Endowment Fund Sarawak (EFS)

Dipaparkan pada 05 Feb 2020

Borang Permohonan Endowment Fund Sarawak (EFS) boleh dimuat turun melalui Lawan Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.

 

Syarat-syarat Permohonan

1) Warganegara Malaysia;

2) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;

3) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa adalah pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’; dan

4) Tempoh permohonan adalah sehingga 1 tahun daripada tarikh kelahiran bayi.

 

Semua permohonan wajib dilengkap dengan dokumen seperti berikut:

1) Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa;

2) Salinan Sijil Lahir Bayi atau Mykid; dan

3) Borang EFS yang diisi lengkap

 

Bagi pemohon berada di negeri Sarawak, pemohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak.


Bagi pemohon berada di luar Sarawak, permohonan boleh dibuat dengan mengeposkan semua dokumen seperti di atas ke alamat berikut:


Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga
93551 Kuching,Sarawak
Tel: 082-242221/082-242223
(Permohonan Endowment Fund Sarawak)

Jika ada pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) di talian 082-442050 atau e-mel: endowmentfund.sarawak@gmail.com

 

KLIK DI SINI untuk muat turun Borang Permohonan Endowment Fund Sarawak (EFS)

KLIK DI SINI untuk muat turun Borang Pelantikan Trustee bagi pemohon yang bawah umur 18 tahun

KLIK DI SINI untuk mengetahui lnfografik Endowment Fund Sarawak (EFS)

KLIK DI SINI untuk Flow Chart Endowment Fund Sarawak (EFS)

 


Dikemaskini sehingga: 11 Januari 2021

Pautan Berguna