Piagam Pelanggan

1. Memproses permohonan baharu Lembaga Amanah Kebajikan Bukan Islam (LAKBI) yang lengkap dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja.

2. Memproses permohonan pembaharuan Lembaga Amanah Kebajikan Bukan Islam (LAKBI) yang lengkap dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja.

3. Memproses pembayaran Bantuan Ibu Bersalin (BIB) yang lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

4. Memproses pembayaran Geran Tahunan Khas (GTK) Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPAKK) yang lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

5. Memproses pembayaran endowment Fund Sarawak (EFS) yang diterima dari Bank Islam Malaysia Berhad dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

6. Memberi maklum balas pertanyaan/ aduan/ cadangan yang diterima melalui TaliKhidmat/ Laman Web/ Media Sosial dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

7. Memproses bayaran bil/inbois bagi pembekal (setelah dokumen lengkap) dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

8. Mengeluarkan Pesanan Kerajaan dalam tempoh tiga(3) hari bekerja


Piagam Pelanggan Majlis Pembangunan Sosial (MPS), KWKPK

1. Penyaluran peruntukan bagi pelaksanaan program atau intervensi sosial MPS kepada Pejabat Residen atau Pejabat Daerah dibuat dalam tempoh 4 hari bekerja sekiranya permohonan lengkap.

2. Perkongsian hasil kajian MPS dilakukan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas laporan akhir kajian diterima daripada penyelidik yang dilantik.

3. Laporan pelaksanaan program dan intervensi sosial MPS disediakan 14 hari bekerja selepas perlaksanaan program.

4. Reka bentuk akhir program atau intervensi sosial MPS dikeluarkan 1 bulan selepas bengkel dilaksanakan.

Pautan Berguna