Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Dipaparkan pada 15 Jan 2020

Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dimuat turun melalui Lawan Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.

 

Syarat-syarat Permohonan

1) Warganegara Malaysia;

2) Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);

3) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan

4) Pendaftaran boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.

 

Permohonan wajib dilengkap dengan dokumen seperti berikut:

1) Salinan kad pengenalan Ibu;

2) Salinan kad pengenalan pasangan atau penjaga;

3) Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’;

4) Salinan buku rekod kesihatan ibu;

5) Salinan buku akaun/penyata akaun; dan

6) Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi;

 

Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:
1) Online melalui pautan ini http://bit.do/permohonanbib atau
2) Manual melalui Borang Permohonan

Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:
1) Boleh dimuat turun di pautan http://bit.do/borangbib atau
2) Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Penghantaran Borang Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:
1) Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Dearah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)


Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi kami melalui:
1) Tel: +6082-442050 (Beroperasi mengikut waktu pejabat);
2) Facebook: https://www.facebook.com/iSarawakCare atau
3) E-mel: bantuan.ibubersalin@gmail.com

 

KLIK DI SINI untuk muat turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

KLIK DI SINI  untuk mengetahui lnfografik Bantuan Ibu Bersalin (BIB)


Dikemaskini sehingga : 11 Januari 2021

Pautan Berguna